Thursday, 27 October 2011

jalan-jalan cari makan....





Semalam (Rabu, 26.10.2011), ku ajak kawan keluar jalan-jalan and makan-makan.. Walaupun sangkaan mulanya dia ingat nak pergi berkelah. Yelah sangat aku nak ngajak pergi berkelah, persediaan piknik apa pun tadak... Yilek pocit!! Ye ke ni apa yang aku eja nih? hehehehe

By the way, Syidah yang aku kenal masa praktikal di SMK Raja Chulan, seorang yang cukup perisa... Kenapa aku cakap camtu sebab kalau aku ada apa-apa masalah, dialah orangnya yang boleh diharapkan memberi pendapat dan pandangan.. Sengaja aku 'highlight'kan sebab nanti ada pulak yang mengata -- bukan nak mintak pada Allah... Ye, aku akui itu... Mintak pada Allah, mintak pendapat pada teman-teman.... Sebab hidup kita ni bukannya berseorangan...



Posing depan makanan.... muahahaha
Sempena nak tunaikan janji kat Syidah nih, tu pasal le semalam keluar jalan-jalan and makan-makan.. hahaha... So Syidah, pasnih ko doa-doakan agar akak ko nih berjaya dunia dan akhirat... Amin.... hehehehe

Wednesday, 19 October 2011

penat...penat...penat....

Dengan Nama Allah...
sepanjang minggu ni busy sangat-sangat menanda kertas jawapan budak-budak ni. Rasa macam menyesal la pulak ada blog ni. Bukan apa, sebab kena update pulak 'entry'nya... hahahahaha.... Hmmmm tapi aku bukanlah manusia jenis buat kerja separuh jalan... 'Buat Sehabis Baik' --- Tagline Pengakap... hehehehe.

Blog ni macam mengasah balik penulisan yang terhenti sejak 3 tahun kebelakangan ni... Lama tu.. Cerpen pun dah lama tak buat... Zaman sekolah dulu meriah buat cerpen... siap ada pembaca tegar lagi... hehehehe.
Sekarang ni itu semua tinggal kenangan...

Baiklah, dengan sisa masa yang ada untuk hari ini, itu je dulu aku nak cakapkan.. aku akan kekalkan penulisan penuh tanpa singkatan-singkatan perkataan yang memang aku gilakan sangat (pengaruh SMS yang kuat hehehehe) sebab aku tau, budak-budak tu mesti baca penulisan (taipan hehehehe) aku ni. Jadi, kepimpinan melalui teladan la kan? hehehehe...

Ceh, apa barang banyak gelak pulak entry aku kali ni? huhuhuhu. Gelak lagi.. Biasa la. Hidup mesti ada keseimbangan... Kalau serius sepanjang masa, takut-takut dapat darah tinggi di hujung usia... Kalau suka-suki sangat tak boleh juga, nanti takut mati pulak hati ni and susah nak mengingati mati... Huh, kau bersyarah pulak Madah?? Papa don't preach.... Teringat pulak lirik Madonna...

Akhir kalam, penghasilan blog ini hanya sekadar luahan rasa.. Tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa bahkan mengalu-alukan ziarah dan tinggalan jejak anda di ruangan maya... Ma'as Salamah...

Saturday, 15 October 2011

aiyark.... naper tader pung.... grrrrrr......

hmmm..... rasa-rasanya dah publish,, but kenapa tak keluar pun???
aku silap teknik ke weh??? ish...ish...ish.....
hmmmmmmmmmm...... malam semalam sooooo awesome sebab tengok Mr. Bean Movie kat TV3 sama-sama dengan mak and ayah.... hahahahahhaha.... boleh kentut berdarah dibuatnya....
nak-nak lagi scene Mr. Bean cubaan nak curik basikal bermotor sorang mamat nih.... hehehehe..
takleh luper arrrr....

Orang lain ber'blog', aku pun nak jugak ber'blog'.....

Assalamualaikum.....
Cubaan pertama aku menulis blog... Semua orang ada blog, even anak murid aku pun ada jugak blog..
hmmm... Cubaan pertama... Saja nak jugak ada blog sebagai melepaskan tekanan, bila ada masalah, nak cuba luahkan dalam blog peribadi nih... hehehehe